Keputusan Barisan Produk merupakan keputusan yang perlu dibuat oleh sesebuah organisasi perniagaan.kepanjangan sesuatu barisan produk bergantung kepada beberapa elemen iaitu;
i. kepanjangan lini keluaran: Sebahagian organisasi perniagaan membuat keputusan mahu peroduk yang dikeluarkan tidak mempunyai pelbagai jenis/ versi keluaran seperti syarikat minuman air mineral.ini menyebabkan lini keluaranya adalah panjang.Kadangkala ia juga dipengaruhi oleh objektif sesebuah organisasi,sekiranya tujuan organisasi tersebut menutamakan keuntungan semata-mata inilah keputusan yang harus dipilih
ii.kompisisi lini keluaran
Kepanjangan produk juga kadangkala dipengaruhi oleh komposisi produk, di mana semakin dalam komposisi produk yang dikeluarkan maka semakin panjang barisan poduk yang dikeluarkan.contoh seperti Syarikat Avon yang mengeluarkan beberapa jenis barisan produk seperti barisan pakaian dan barisan kosmetik .Komposisi kosmetik mempunyai kedalaman komposisi yang banyak iaitu terdapat pelbagai kosmetik seperti ginju, bedak, minyak wangi, pemerah pipi, celak dan lain-lain.Oleh itu semakin dalam komposisi produk tersebut maka semakin panjang barisan produk yang dikeluarkan.
iii.pemodenan lini produk.
Sebahagian organisasi perniagaan yang mempunyai kepanjangan barisan produk bergantung kepada pemodenan lini produknya, seperti Nokia yang mengeluarkan produk telefon bimbit.Barisan produknya adalah panjang(banyak) disebabkan ciri-ciri pemodenan (perbezaan teknologi) yang ada pada telefon yang dikeluarkan sehingga berjaya mengeluarkan pelbagai jenis telefon bimbit.
iv.ciri rupa produk.
Barisan produk juga bergantung kepada ciri/rupa sesuatu produk yang dikeluarkan.Produk syampu yang dicirikan pelbagai rupa dan tujuan telah menyebabkan barisan produk syampu semakin panjang.
nak tanya, macam mana awak isi bahagian koko form 4?
BalasPadam